Wednesday, March 17, 2010

Interview di DBKL














Semalam aku tidur lewat, dalam dekat-dekat pukul 7 pagi baru dapat nak tidur. Bukan sebab tak nak tidur tapi banyak sangat kerja nak kena buat. Sebutharga'la, proposal'la, slide untuk presentation'la dan macam-macam lagi. Pagi ni pulak aku dah kena bangun seawal jam 8.30pagi sebab pagi ni aku ada interview di DBKL nak mintak gerai makan di Chulan Tower (dekat jalan Conlay) tu.

Nak diringkaskan cerita aku sampai pukul 9.20pagi merempit menyabung nyawa nak sampai sebelum 9.30pagi. Ikut surat dari DBKL interview tu mula pukul 9.30pagi. Sampai je aku di DBKL kena daftar nama dan tunggu giliran....

Bila aku tengok senarai nama yang hadir ada 7 orang sahaja, kalau ada rezeki ada'la tapi nampaknya kekosongan 'stall' di Chulan Tower tu ada 4 'stall', maksudnya tinggal 3 orang je yang akan bernasib malang.

Dari pukul 9.30 pagi sampai'la pukul 12.00 tengahari baru'la nama aku dipanggil. Yang pelik tak sampai 5 minit interview dah habis. Menunggu dekat 3 jam, tapi interview 5minit aje....... Yang lain tu lama sangat diaorang tanya apa akupun tak pasti. Kalau nak ikut adat rasanya kalau 5 minit tu macam orang tak berminat nak bagi kat kita la, tapi aku percaya pada kuasa Allah. Kalau ada rezeki aku tak kemana..... 'Doa' sudah, 'Usaha' pun  sudah... jadi balikla....

Nak cuit sikit:

Rasanya lain kali kalau sesiapa yang nak buat 'interview' tu buatlah 'interview' planning. Apalah salahnya kalau panggil 'interviewee' datang pada waktu yang ditetapkan. Misalnya kalau ada 7 orang buatlah orang pertama pukul 9.30pagi, orang kedua pukul 10.00pagi, orang ketiga pukul 10.30pagi....dan seterusnya. Jadi tak la 'interviewee' datang seawal mungkin tapi selepas 2 jam baru dipanggil interview. 

Tak akan tak boleh nak budget time...kalau ada 20 soalan nak ditanya bagila masa satu(1) soalan paling lama menjawab seminit, jadi 2o soalan = 20 minit setiap orang. 'Boleh bukan tak boleh tapi kadang-kadang kita tak nak buat kerja lebih sikit dan lebih suka biar apa nak jadi....jadila' :(

Tips untuk semua:

Bagi sesiapa yang nak berniaga gerai ataupun stall di penguatkuasaan DBKL bolehla pergi ke 4, Wisma P.K.N.S, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Di tingkat 4 tu juga boleh dapatkan maklumat dan senarai gerai-gerai dibawah penguatkuasaan DBKL. Maksudnya bila dapat senarai gerai di DBKL tu bolehla berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk tengok kalau-kalau ada gerai yang kosong. Kalau nak harapkan iklan disuratkabar pakai tak adala nampaknya. Jadi aku share kan tips ni kepada semua bakal-bakal usahawan...mana'la tahu kalau ada rezeki korang boleh juga nanti aku tumpang makan sepinggan. 

Tips bila interview pulak, soalan yang ditanya...berapa jumlah RM yang kita ada dalam bank, pengalaman berniaga, sijil-sijil terutamanya sijil pengendalian makanan dari MARA dan kawasan tempat tinggal.


"Itu dulu, Jumpa Lagi" - Jauh Nun Disana